LATAR BELAKANG
Karnival Warisan Sejarah dan Budaya adalah sebuah karnival yang mengambil pendekatan sejarah dan budaya sebagai elemen penyampai kepada pelawat. Karnival yang julung-julung kalinya dianjurkan di dalam sebuah kampong ini akan membuka lembaran sejarah baru negeri Pahang dimana pertama kali ianya di anjurkan di dalam sebuah kampong.
Seperti yang tercatat didalam sejarah kewujudan negara segalanya bermula dengan pembentukan sebuah kampong. Kampong-kampong akan membentuk sebuah mukim dan dari himpunan mukim-mukim pula membentuk sebuah daerah dan dari himpunan daerah-daerah membentuk sebuah negeri dan himpunan negeri-negeri pula membentuk sebuah negara. Justeru, kewujudan kampong memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah negara.
Setiap kampong pula mempunyai sejarah kewujudannya yang tersendiri dan sejarahnya merangkumi elemen budaya dan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat di dalam sesebuah kampong.
Mengambil signifikan ini, maka lahirlah idea untuk menganjurkan sebuah karnival di dalam kampong dan ianya bukanlah satu perkara mudah kerana lumrahnya sesuatu karnival di adakan di tempat-tempat yang sering menjadi tumpuan masyarakat ataupun dalam lingkungan kawasan yang sering menerima kunjungan pelawat.
Namun menganjurkan sesebuah karnival di dalam sebuah kampong merupakan satu perkara yang tidak pernah di lakukan oleh sesiapa. Melalui karnival ini apa yang cuba di sampaikan adalah mesej kepada masyarakat luar bahawa tamadun, peradaban, sejarah dan budaya sesuatu bangsa dan negara itu sebenarnya bermula dari sebuah kampong maka amatlah penting sekali warisan ini dijaga, dipupuk dan diamalkan agar ia tidak hilang dan pupus di telan oleh arus kemodenan.
OBJEKTIF
- Meletakkan peranan kampong sebagai pusat perkembangan warisan sejarah dan budaya
- Mengangkat kampong menjadi sebagai salah satu daya tarikan dan alternatif kepada industri pelancongan
- Memperkenalkan Kampong Budu dan kampong sekitarnya sebagai lokasi sejarah dan perlancongan
- Mempromosi produk keluaran masyarakat kampong kepada luar
- Menbuka persepsi masyarakat akan peri pentingnya peranan kampong kepada perkembangan bangsa dan negara
TEMA KARNIVAL
Warisan Sejarah dan Budaya membentuk jati diri bangsa
TARIKH, TEMPAT DAN MASA
3hb -4hb Mei 2014 (Sabtu dan Ahad)
Kampong Budu, Benta Pahang Darul Makmur
AKTIVITI-AKTIVITI KARNIVAL
Karnival Warisan Sejarah dan Budaya ini akan berlangsung selama 2 hari bermula pada hari Sabtu 3hb Mei 2014 dan berakhir pada petang Ahad 4hb Mei 2014.
Pelbagai aktiviti karnival akan di adakan antaranya :-
PAMERAN
- Pameran Sejarah Mukim Budu
- Pameran Sejarah Negeri Pahang
- Pameran Pahlawan Melayu
- Pameran Ulama’ Melayu
- Pameran Senjata Melayu
- Pameran Permainan Melayu
- Pameran Pakaian Melayu
- Pameran Agensi – agensi kerajaan seperti Polis DiRaja Malaysia, Rejimen Askar Melayu Diraja, Pameran Kementerian Kesihatan, Pameran Majlis Amanah Raya, dan sebagainya
PERSEMBAHAN
- Persembahan Tarian Tradisional
- Persembahan Silat
- Persembahan Nyanyian Lagu – lagu Rakyat
- Persembahan Muzik Tradisional
- Persembahan Pentarama Jabatan Penyiaran Malaysia
PERTANDINGAN
- Pertandingan Permainan Tradisional
- Pertandingan Memasak Makanan Tradisional
- Sukaneka
BOOTH JUALAN
- Makanan
- Produk IKS Kampong
- Perkhidmatan
- Buku-buku
- Lain-lain
|
salam .. terima kasih atas perlawaan untuk menyertai mini jamboree ini.. tapi sebab kita orang di johor cuti yang berbeza .. susah kita orang nak join .. ahad kena kerja ... huhuhu .. kalau sabtu tu memang tak de masalah ... nak ambik cuti ... berapa banyak cuti nanti kita orang kena ambil... uitm jengka pun ahad ...
ReplyDeleteVexplorer Cycling Team..tak mengapa...lain kali.TK
Deletememang terbaik...
ReplyDeleteterima kasih. belum pernah ke sana. Pernah ke Raub tp belum pernah ke Benta. Info sikit Laluan/jalan raya Raub ke Benta ….. i.e. ladang kelapa sawit
ReplyDeleteLaluan dari Raub ke Benta,....laluan yg sama nak ke Lipis, dr Raub ke Benta dalam 40 min ke 1 jam
ReplyDelete