Sunday 27 April 2014

REGISTRATION CLOSED!!

 

SECARA RASMINYA....PENYERTAAN UNTUK MAT KILAU MTB XTION SERIES DITUTUP. 

TERIMA KASIH KEPADA SAHABAT2 RIDER YANG TELAH MELAWAT KE SITE KAMI DAN KEPADA RAKAN2 RIDER YANG AKAN TURUT SERTA DALAM ACARA INI DIUCAPKAN SELAMAT BERKAYUH.

APA YANG PENTING PASTIKAN KESELAMATAN ANDA DAN KAMI URUSETIA AKAN SENTIASA MEMASTIKAN SEGALA PERJALANAN ACARA INI BERJALAN DALAM KEADAAN YANG BAIK. 


 HAPPY RIDING, HAVE A FUN AND THINK YOUR SAFETY FIRST.!!!!! 


 THANK YOU

Wednesday 23 April 2014

GOODIES COOLECTION




KEPADA SAHABAT-SAHABAT RIDER YANG DIHORMATI,

MAKLUMAN

SAHABAT-SAHABAT RIDER BOLEH MENGAMBIL GOODIES PADA :
TARIKH : 3HB MEI 2014 (SABTU) 
MASA    : 2.30 PETANG - 8.00 MALAM.

PADA YANG TIDAK SEMPAT MENGAMBIL GOODIES PADA 3HB MEI 2014 MOHON DATANG PADA 4HB MEI 2014 DI KHEMAH URUSETIA DAN MOHON KERJASAMA SAHABAT-SAHABAT RIDER SEMUA UNTUK DATANG AWAL KERANA KAUNTER URUSETIA AKAN DI TUTUP PADA JAM 7.30 PAGI.

TAKLIMAT OLEH MARSHALL AKAN DI BUAT PADA JAM 8.00 PAGI.

HARAP MAKLUM

TERIMA KASIH.

HORMAT KAMI
URUSETIA MAT KILAU MTB XTION SERIES 2014

PERSON TO CONTACT :

KHEMAH URUSETIA 

EN MOHD YUSOFF H/P : 011-3980 3099
EN AZIZI ARIFIN H/P : 012-376 6307
EN MOHD FUAD H/P : 018-376 9907



PETA KE LOKASI - Mat Kilau MTB Xtion SERIES

Tuesday 15 April 2014

LAST MINIT REGISTRATION!!!!








PERINGATAN KEPADA SEMUA PESERTA YANG TELAH PUN MENDAFTAR TETAPI MASIH BELUM MEMBUAT BAYARAN PERLULAH MEMBUAT BAYARAN SEBELUM 
24 APRIL 2014  UNTUK KELANCARAN EVENT.

KERJASAMA DARIPADA SEMUA PESERTA AMAT-AMAT KAMI HARGAI!!

PENYERTAAN SELEPAS TARIKH 24 APRIL 2014 BERKEMUNGKINAN TIDAK DAPAT T SHIRT DAN MEDAL, WALAU BAGAIMANAPUN PENDAFTARAN MASIH DIBUKA. 

CUMA KALAU TAK DAPAT T-SHIRT DAN MEDAL MAAF LER YER...



Wednesday 6 November 2013

MAT KILAU MTB Xtion - SERIES






MAT KILAU MTBXtion-SERIES, adalah satu acara lumba basikal kategori lasak yang berkonsepkan JAMBOREE CROSS COUNTRY. Nama MAT KILAU dipilih sebagai nama acara dan Kampung BUDU sebagai tapak acara sukan basikal lasak ini adalah kerana untuk mengimbau kembali sejarah perjuangan pahlawan melayu ini dalam mempertahankan tanahairnya. Manakala Kampung BUDU pula menjadi tapak dan kubu oleh Mat Kilau dan angkatannya dalam menghadapi musuh demi mempertahankan tanahair.

MAT KILAU MTBXtion-SERIES ini akan diadakan pada  4 MEI 2014, bersama-sama Karnival Warisan Sejarah dan Budaya yang akan berlangsung selama 2 Hari bermula pada 3 MEI 2014 dan berakhir pada 4 MEI 2014

Karnival Warisan Sejarah dan Budaya ini menyajikan pelbagai aktiviti kepada para pengujung seperti pameran sejarah Mat Kilau, pamerah busana, persembahan silat dan tarian dan pelbagai aktiviti seni disamping gerai-gerai jualan produk-produk masyarakat kampung.

Karnival ini akan berjalan selama 2 hari ini dan telah mendapat kerjasama pelbagai pihak .
Karnival yang pertama kali di adakan di kampung yang penuh sejarah Mat Kilau ini pastinya akan membuat kita mengimbau kembali sejarah perjuangan pahlawan melayu ini dalam mempertahankan tanahair.

Selain dari itu dengan suasana kampung pastinya akan mengamit kenangan para "Rider" seterusnya menjadikan acara MAT KILAU MTBXtion-SERIES lebih meriah dengan kehadiran para "Rider" semua.

Pastikan datang seawal 3 Mei 2014 agar tidak ketinggalan mengikuti karnival disamping kita mengingati para pejuang kita yang terdahulu dalam mempertahankan tanahair kita yang kita cintai ini.

Dengan hanya bayaran penyertaan sebanyak RM50.00 untuk MAT KILAU MTBXtion-SERIES anda akan menikmati pelbagai aktiviti karnival secara percuma. 



TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 
25 APRIL 2014

"HISTORY RIDE AND RIDE SAFELY"