Wednesday 6 November 2013

MAT KILAU MTB Xtion - SERIES






MAT KILAU MTBXtion-SERIES, adalah satu acara lumba basikal kategori lasak yang berkonsepkan JAMBOREE CROSS COUNTRY. Nama MAT KILAU dipilih sebagai nama acara dan Kampung BUDU sebagai tapak acara sukan basikal lasak ini adalah kerana untuk mengimbau kembali sejarah perjuangan pahlawan melayu ini dalam mempertahankan tanahairnya. Manakala Kampung BUDU pula menjadi tapak dan kubu oleh Mat Kilau dan angkatannya dalam menghadapi musuh demi mempertahankan tanahair.

MAT KILAU MTBXtion-SERIES ini akan diadakan pada  4 MEI 2014, bersama-sama Karnival Warisan Sejarah dan Budaya yang akan berlangsung selama 2 Hari bermula pada 3 MEI 2014 dan berakhir pada 4 MEI 2014

Karnival Warisan Sejarah dan Budaya ini menyajikan pelbagai aktiviti kepada para pengujung seperti pameran sejarah Mat Kilau, pamerah busana, persembahan silat dan tarian dan pelbagai aktiviti seni disamping gerai-gerai jualan produk-produk masyarakat kampung.

Karnival ini akan berjalan selama 2 hari ini dan telah mendapat kerjasama pelbagai pihak .
Karnival yang pertama kali di adakan di kampung yang penuh sejarah Mat Kilau ini pastinya akan membuat kita mengimbau kembali sejarah perjuangan pahlawan melayu ini dalam mempertahankan tanahair.

Selain dari itu dengan suasana kampung pastinya akan mengamit kenangan para "Rider" seterusnya menjadikan acara MAT KILAU MTBXtion-SERIES lebih meriah dengan kehadiran para "Rider" semua.

Pastikan datang seawal 3 Mei 2014 agar tidak ketinggalan mengikuti karnival disamping kita mengingati para pejuang kita yang terdahulu dalam mempertahankan tanahair kita yang kita cintai ini.

Dengan hanya bayaran penyertaan sebanyak RM50.00 untuk MAT KILAU MTBXtion-SERIES anda akan menikmati pelbagai aktiviti karnival secara percuma. 



TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 
25 APRIL 2014

"HISTORY RIDE AND RIDE SAFELY" 




7 comments:

  1. Assalamualaikum...menarik event ni...rugi kalau tak dapat join sbb saya lahir di tempat kelahiran Pahlawan Mat Kilau iaitu Pulau Tawar...

    ReplyDelete
  2. Tk MSafawiIsmail, beriadah sambil mengenali sejarah ...

    ReplyDelete
  3. Pasti gempak matkilau mtb challenge ni
    Lain drp yg lain ni..

    ReplyDelete
  4. Menarik event ni sy pun nak joint

    ReplyDelete
  5. En Mohamad Yamin boleh register secara online di site ni...Klik pada borang penyertaan di menu di atas..

    ReplyDelete